Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, merupakan bekas Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad yang merupakan satu-satunya Menteri Besar baru pasca pilihan raya 2004 lalu.
Mohamad mula memegang jawatan sebagai Menteri Besar pada 25 Mac 2004 tetapi beliau bukan muka baru dalam parti.
Beliau mula berjinak-jinak dengan UMNO sejak berusia 17 tahun. Darah UMNO sudah lama mengalir dalam dirinya. Beliau membesar bersama semangat juang dan sayangkan UMNO arwah ayahnya yang sanggup bergolok-gadai demi perjuangan UMNO.
Oleh itu menjadi hasrat beliau untuk melihat semangat sayangkan UMNO arwah ayah dan ibunya itu diteruskan oleh generasi UMNO baru kini.
Beliau juga pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Rasah sebelum persempadanan semula kawasan itu dan kemudiannya menjadi Ketua Penaja UMNO Bahagian Rembau.
Pada pilihan raya lalu, beliau mengalahkan calon parti Keadilan di DUN Rantau dengan kelebihan undi sebanyak 2,770. Beliau yang berkahwin dengan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin kini dikurniakan lima orang anak - Amri, Amira, Azrin, Alia, dan Aiza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment