Nama: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Tarikh lahir: 15 Ogos 1953
Tempat lahir: Pulau Pinang
Jawatan: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Naib Ketua Wanita UMNO
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan.
Menurut beliau, banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan tenaga untuk memastikan ahli politik wanita tidak dipandang sebelah mata dan diperlekehkan.
Bagi membina kekuatan itu, ramuan yang paling penting adalah memperlengkapkan diri dengan ilmu di samping kekuatan mental dan fizikal.
Maka dengan kekuatan itu, apa jua pandangan dan soalan yang dikemukakan kepadanya berhubung isu-isu wanita dan keluarga dapat dijawab dan ditangani sebaik mungkin.
Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Northam Road, Pulau Pinang pada tahun 60-an, menjelaskan sebagai menteri yang ipertanggungjawabkan dengan pembangunan wanita.
Shahrizat dipilih sebagai Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan tahun 2000 setelah berjaya menewaskan Datuk Ainon Khairiyah Mohd. Abbas.
Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Zainur Zakaria dengan majoriti 1,417 undi.
Shahrizat memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1995 sehingga 1999.
Beliau kemudiannya dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita yang ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Pada 27 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment