Sunday, March 2, 2008

MOHD. SHAFIE APDAL, DATUK

Nama: Datuk Mohd. Shafie Apdal
Tarikh lahir: 20 Oktober 1957
Tempat lahir: Semporna, Sabah
Jawatan: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Mohd. Shafie yang memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Staffordshire, England pernah menjadi ahli ekonomi di Kementerian Kewangan Sabah pada tahun 1982.

Berdasarkan kepada kebolehan dan kewibawaannya, Mohd.
Shafie telah diberi kepercayaan bertanding di kawasan Parlimen Semporna pada tahun 1999.

Beliau seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan pada Mac lalu.

Kerjayanya sebagai menteri bermula pada 15 Mei 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan. Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kemudiannya dipindahkan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Pada 27 Mac lalu beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pembabitan beliau dalam politik bermula dalam USNO pada tahun 1990.

Bagaimanapun apabila UMNO bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.

Mohd. Shafie dipilih buat pertama kali sebagai ahli MT pada tahun 1996 dan mengekalkan jawatan itu pada pemilihan tahun 2000 Terpilih dengan mendapat 1,338 undi untuk tempat ketujuh. Pada tahun 2001 beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan turut mengekalkannya pada pemilihan baru-baru ini.

Dalam pilihan raya, pada tahun 1995 (Parlimen/Semporna) Menang dengan majoriti 12,218undi menewaskan Sabarudin Ombrah (PBS). Pada pilihan raya umum 1999 beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar iaitu 13,325 undi menewaskan Abdul Rahim @ Abdurahin (Bebas).

Dalam pilihanraya lalu beliau berjaya dengan majoriti 12,266 undi menang ke atas empat calon lain.

Mohd. Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.


Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.

No comments: