Friday, March 7, 2008

CHUA TEE YONG

31 tahun.

Anak kepada Datuk Seri Chua Soi Lek ,anak kedua daripada tiga beradik

Muka baru MCA di Labis, menggantikan bapabnya.

Pencabarnya, Teo Eng Ching, 32, dari DAP

OTHMAN DESA, DATUK

Calon BN Parlimen Sik

Ditentang oleh calon Pas, Che Uda Che Nik dalam pertarungan satu lawan satu

Pernah berkhidmat di kawasan Sik dalam tempoh 11 tahun ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Sri Hamid Othman (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Beliau yakin Sik berpotensi untuk dibangunkan sebagaimana tempat-tempat lain di negara ini menerusi BN yang sudah terbukti dapat meyakinkan rakyat.

Digelar 'Mandes' (singkatan nama Osman Desa) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Mahu memberi penekanan utama kepada usaha melonjakkan taraf sosio-ekonomi, pendidikan dan infrastruktur untuk meletakkan Sik seiring dengan kawasan lain di negeri Kedah.

Keyakinan: Sik mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan menjadi hub pertanian komersial, ternakan ikan dalam sangkar, industri kecil dan sederhana (IKS) serta beberapa lagi aktiviti bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan ini.

Berasal dari kampung

Memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Osman menghadapi calon Pas, Che Uda Che Nik dalam pertarungan dua penjuru di Parlimen Sik.

MOHAMAD ROZALI JAMIL

37 tahun

Bertanding di kerusi Parlimen Pagoh, Johor

Berhadapan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO

Pendakwah bebas

Pernah bertanding dan tewas oleh Datuk Othman Jais di DUN Buluh Kasap apabila hanya mampu memperoleh 1,540 undi berbanding lawannya sebanyak 9,072 undi.

Dia juga kalah di kerusi Parlimen Segamat pada tahun 2004.

THOR TEONG GEE, DR

Calon muka baru BN) Parlimen Jelutong.

Doktor perubatan

berusia 38 tahun

Menceburi bidang politik sejak lapan tahun lalu melalui Pemuda Gerakan Bahagian Balik Pulau.

Setiausaha Biro Politik Pemuda Gerakan

YAP EE WAH

Berusia 46 tahun

Calon BN muka baru bagi kawasan DUN Sungai Pelek. Selangor

Bekas seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Setiausaha MCA Bahagian Sepang

Beliau ditentang calon DAP, A. Sivananthan.

Pada pilihan raya umum 2004, Datuk Liew Chee Khong (BN) menewaskan Cheong Kai Cheng (DAP) dengan majoriti 4,107 undi.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Sepang, Ahli Jawatankuasa Juvana Daerah Sepang dan Lembaga Pelawat Ikhlas Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Dengkil.

SAHARUDDIN MD SALLEH, DR

Calon BN muka baru di DUN Jorak, Johor menggantikan Datuk Samat Ariffin

Berusia 52 tahun

Telah 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Anak kelahiran Muar

Ditentang calon Pas, Othman Hashim

Prinsipnya: akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu dan tidak akan sesekali berkata tidak boleh kepada mereka, kecuali di peringkat terakhir ia memang tidak dapat diselesaikan.

ABDUL KARIM SULAIMAN, DATUK

Calon BN bagi DUN Tanjung Bidara, Melaka (Penyandang dan sudah berkhidmat dua penggakl)

Berusia 60 tahun

Semasa kempen menbvawa dua doktor perubatan untuk memberi rawatan percuma
Berdepan satu lawan satu dengan calon Pas, Imran Abdul Rahman

Pada pilihan raya lalu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,267 undi.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri