Sunday, March 2, 2008

ABDUL GHANI OTHMAN, DATUK SERI

Nama: Datuk Abdul Ghani Othman
Tarikh lahir: 14 November 1946
Tempat lahir: Sungai Mati, Muar
Jawatan: Menteri Besar Johor.

Karier politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada Disember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986.

Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga November 1993.

Beliau yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari Universiti of Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti of Queensland selepas itu dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai Disember 1993 hingga Mac 1995.

Pada Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat.

Di bawah pentadbirannya, UMNO Johor kini berada dalam keadaan yang cukup tenang dan beliau berharap peluang itu digunakan untuk memperkukuhkan parti dengan memperbaharui tekad perjuangan asal iaitu agama, bangsa dan tanah air.

Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.

No comments: