Friday, March 7, 2008

OTHMAN DESA, DATUK

Calon BN Parlimen Sik

Ditentang oleh calon Pas, Che Uda Che Nik dalam pertarungan satu lawan satu

Pernah berkhidmat di kawasan Sik dalam tempoh 11 tahun ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Sri Hamid Othman (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Beliau yakin Sik berpotensi untuk dibangunkan sebagaimana tempat-tempat lain di negara ini menerusi BN yang sudah terbukti dapat meyakinkan rakyat.

Digelar 'Mandes' (singkatan nama Osman Desa) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Mahu memberi penekanan utama kepada usaha melonjakkan taraf sosio-ekonomi, pendidikan dan infrastruktur untuk meletakkan Sik seiring dengan kawasan lain di negeri Kedah.

Keyakinan: Sik mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan menjadi hub pertanian komersial, ternakan ikan dalam sangkar, industri kecil dan sederhana (IKS) serta beberapa lagi aktiviti bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan ini.

Berasal dari kampung

Memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Osman menghadapi calon Pas, Che Uda Che Nik dalam pertarungan dua penjuru di Parlimen Sik.

No comments: