Friday, March 7, 2008

TANG NAI SOON

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas Tang Nai Soon
Berusia 39 tahun

Muka baru dari MCA

Menganggotai MCA sebaik tamat sekolah menengah dan sejak itu beliau terus bergerak aktif dalam parti itu di daerah kelahirannya di Kulai.

Lulusan Universiti Teknologi Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).

Memegang pelbagai jawatan dalam MCA sejak 1987 antaranya Naib Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Johor dan anggota Jawatankuasa Pusat Pergerakan Pemuda MCA.

Menjadi pembantu khas kepada anggota Parlimen Kulai ketika itu, Datuk Lim Si Cheng selama 13 tahun

Menggantikan Wee Jeck Seng yang berpindah ke kerusi Parlimen Tanjong Piai.
Nai Soon bukan berasal dari Pekan Nanas

Pekan Nanas merupakan kerusi negeri di dalam kawasan Parlimen Tanjong Piai.
Selain DUN Kukup dan mempunyai 28,012 pengundi berdaftar iaitu 37.49 peratus dari kaum Melayu, Cina (61.14 peratus), India (1.17 peratus) dan lain-lain (0.19 peratus).

No comments: