Sunday, March 2, 2008

ABDUL RAHMAN BAKAR, DATUK

Nama: Datuk Abdul Rahman Bakar
Tarikh Lahir: 30 Mei 1952
Umur: 52 tahun
Tempat Lahir: Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu
Jawatan: Timbalan Menteri Sumber Manusia


DATUK Abdul Rahman Bakar dianggap giant killer oleh sesetengah pihak apabila beliau berjaya menumbangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebanyak dua kali bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun 1986 dan pada pilihan raya umum yang lalu.

Abdul Rahman yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjaya sebagai guru dari tahun 1984 hingga 1986.

Beliau melepaskan jawatan mendidik anak bangsa untuk bertanding kerusi Parlimen Marang pada tahun 1986 yang menyaksikan kejayaannya menewaskan Abdul Hadi.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau sekali lagi menewaskan Presiden Pas itu. Abdul Rahman juga berpengalaman luas dalam politik dan pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang (1986), Ketua Pemuda UMNO Terengganu (1987), Naib Ketua UMNO Bahagian Marang (1990), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang (1993) dan Pengerusi Biro Latihan Dan Perkaderan UMNO Terengganu (2000-2004).

Beliau berkahwin dengan Datin Robiah Hitam, 48, dan dikurniakan enam orang anak iaitu Eliana Siswana, 24, Eliani Siswani, 24, Ika Akalili, 20, Buani Atiqi, 19, Ayuni Madarina, 15 dan Fatin Sabila, 13.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 1987-1990.

Jawatan lain yang pernah disandang ialah Timbalan Pengerusi Mara (1990-1995). MOHAMAD

No comments: