Monday, March 3, 2008

SYED HAMID ALBAR, DATUK SERI

Nama: Datuk Seri Syed Hamid Albar
Tarikh Lahir: 15 Januari 1944
Tempat Lahir: Air Itam, Pulau Pinang
Jawatan: Menteri Luar

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dilahir 15 Januari, 1944 di Kampong Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia.

Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang ( dari Syed Jaafar Albar, ayahnya yang lahir di Sumatera Barat, Indonesia

Beliau merupakan seorang ahli politik Malaysia dan sekarang merupakan seorang Menteri Luar Negeri.

Beliau adalah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama di dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi.

Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi.

Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi expatrait-expatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di London.

Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1986.

Tidak lama selepas itu, beliau bergabung ke dalam kabinet Malaysia sebagai seorang menteri di jabatan minyak dan kemudian menjadi menteri di dalam jabatan minyak seterusnya ,sebagai menteri undang-undang.

Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan dalam tahun 1999, beliau telah dilantik ke posisi terkini sekarang.

No comments: