Wednesday, March 5, 2008

SAYED RAZLAN SYED PUTRA JAMALULAIL, DATUK SERI

Berusia 57,

Bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh

Beliau beralih daripada kerusi Parlimen Arau ke DUN Pauh

Pernah merantau ke luar negara untuk belajar ilmu pertanian

Anggota keluarga diraja Perlis

Berusia 57

Lebih mesra dengan panggilan Tuan Chik.

Penyandang kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004

Pauh berdekatan dengan Bandar Diraja Arau mempunyai pelbagai pusat pengajian tinggi termasuk Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah vokasional, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kampus utama Universiti Malaysia Perlis (UniMap) yang sedang dalam pembinaan. Dijangka akan lahir kira-kira 30,000 penuntut di kawasan ini.

Syed Razlan ditentang satu lawan satu oleh calon Pas, Abu Bakar Ali, 60, bagi merebut kerusi DUN Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ketika bertanding kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004, Syed Razlan menewaskan calon Pas, Datuk Dr. Harun Din dengan majoriti 3,243 undi.

Penyandang kerusi DUN Pauh sebelum ini, Datuk Abu Bakar Ismail (BN) mengalahkan calon Pas, Abu Bakar Ali dengan majoriti 1,585 undi.

Berkelulusan tinggi dan berpengalaman dalam bidang pertanian

No comments: