Sunday, March 2, 2008

AWANG ADEK HUSSEIN, DATUK DR

Nama: Datuk Dr. Awang Adek Hussein.
Tarikh Lahir: 18 Mei 1955
Tempat Lahir: Bachok, Kelantan.
Jawatan: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

DATUK Dr. Awang Adek Hussein mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat termasuk sebagai Penolong Gabenor Bank Negara dari 1996 sehingga 2001.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.

Latar belakang pendidikan Awang Adek bermula di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh Perak.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.

Awang Adek mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok pada tahun 2001.

Selain itu beliau turut diberi amanah memegang jawatan Bendahari UMNO Kelantan sejak tahun lalu.

Pada tahun lalu juga beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok dan menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.

Pada pilihan raya umum yang lalu Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.

Beliau berkahwin dengan Datin Latifah Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak iaitu Abdul Aziz, Norjasara, Ahmad Azran, Nur Ain dan Nur Nadira.

No comments: