Monday, March 3, 2008

SUHAILI ABDUL RAHMAN, DATUK

Nama: Datuk Suhaili Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 6 Mei 1941
Tempat Lahir: Labuan
Jawatan: Ahli Parlimen Labuan


Datuk Suhaili Abdul Rahman menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak 1999 lagi.

Suhaili yang dilahirkan pada 6 Mei 1961 di Kampung Ganggarak, Labuan, memiliki Sarjana Muda Sains (Ekonomi) University of London dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, University of Hull, United Kingdom.

Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan.

Walaupun sibuk membabitkan diri dalam perniagaan, Suhaili antara salah seorang anak muda berkarisma dan banyak membantu parti yang ketika itu diketuai oleh seorang tokoh politik Labuan Senator Isli Siput untuk menguatkan kedudukan UMNO di pulau tersebut.

Kestabilan politik dan kekuatan UMNO mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985 telah memutikkan keinginan Suhaili untuk menabur bakti membantu membangunkan orang-orang Melayu di situ.

Selepas menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat dengan cemerlang dalam UMNO, akhirnya beliau diberi kepercayaan untuk bertanding pada pilihan raya tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Labuan dan berjaya memenanginya.

Dengan kewibawaan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh beliau sebagai wakil rakyat, Suhaili sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen bagi sesi 2004/2005.

No comments: