Wednesday, March 5, 2008

NOR MOHAMED YAKCOP, TAN SRI

Beroleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya 1972.

Juga beroleh ijazah MBA dari CatholicUniversity of Leuven, Belgium dalam tahun 1979.

Pernah bertugas sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan seorang anggota Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) dan seorang Anggota Lembaga Khazanah Berhad.

Antara tahun 1968 hingga 1994 beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai bidang swasta.

September 1998 beliau menyertai semula Bank Negara dan berkhidmat sehingga Mei 2000.

Semasa berkhidmat di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed bertanggungjawab melaksanakan beberapa projek utama termasuk pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia, Sistem Ar-Rahnu, pengwujudan system pembayaran bilateral antara Bank Negara Malaysia dengan bank-bank pusat negara-negara Selatan.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti, Cagarmas Berhad dan Agensi Rating Malaysia Berhad.

Beliau salah seiorang anggota JAKIM.

Tan Sri Nor Mohamed juga berperanan penting di dalam merumus dan melaksanakan beberapa langkah kawalan pertukaran asing dilaksanakan dalam tahun 1998.

Sejak bertugas sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam tahun 2000 Tan Sri Nor Mohamed berperanan di dalam beberapa penyusunan semula, termasuk UEM, MRCB, MAS dan Tahun Haji, Johor Corporation, KUB, Kareta Kabel Langkawi dan syarikat kereta api transit ringan, PUTRA dean STAR.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan skim PROSPER bertujuan menambah penyertaan Bumiputera di dalam sector runcit.

Beliau pernah berkhidmat di dalam beberapa lembaga seperti Suruhanjaya Sekuriti, Cagarmas Berhad, Tabung Persaraan Kerajaan, Tabung Amanah Warisan Johor, Pengurusan Pelaburan ASN Berhad, SEACEN Trust Fund dan Penerbangan Malaysia.

Tan Sri Nor Mohamed menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi pada 11 Oktober 2003 semasa Konvensyen Ketiga UNITAR.

No comments: