Sunday, March 2, 2008

RAFIDAH AZIZ

Datuk Seri Datin Paduka Rafidah Aziz (lahir 4 November 1943) ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987, serta Ketua Wanita UMNO.

Pendidikan

Dilahirkan di Selama, Perak, Rafidah Aziz mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Baru (1948-1950), Sekolah Rendah Convent di Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1953-1955), dan Sekolah Menengah Convent di Johor Bahru (1959-1960). Selepas menamatkan pengajian di Victoria Institution Kuala Lumpur pada tahun 1962, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1966.

Kerjaya

Rafidah Aziz memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Malaya sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Ekonomi antara 1966 dan 1970.

Selepas menamatkan pengajian, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pensyarah sehingga tahun 1973 sebelum dilantik sebagai Pensyarah sehingga tahun 1976.

Dalam tempoh berkenaan, beliau memegang beberapa jawatan yang penting di Universiti Malaya seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi serta Ahli Senat.

Rafidah Aziz kini memegang beberapa jawatan politik yang penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Wanita Barisan Nasional.


Politik

Dalam Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang) di peringkat kebangsaan dan negeri Perak.

Peranan yang beliau memainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar.

Kebolehan dan pencapaian beliau banyak dibantu melalui pengalamannya semasa memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987).

Rafidah Aziz juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974).

Rafidah Aziz juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan.

Antara agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Khursiah.

Rafidah Aziz pertama kali dipilih sebagai Wakil Rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum 1978.

Selepas itu, beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum berikutnya.


Aktiviti kemasyarakatan

Rafidah Aziz pernah merupakan Penasihat untuk Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), serta dipilih menjadi penaung bagi berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC, USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia.

Hobi

Masa lapang Rafidah Aziz sering diisi dengan aktiviti membaca, menghias rumah, melakukan aktiviti kerja tangan, mendengar muzik ataupun bermain golf dan skuasy.

Jawatan

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (1987 - kini)
Ketua Wanita UMNO (2004-2007)

No comments: