Sunday, March 2, 2008

MUKHRIZ TUN MAHATHIR, DATUK

Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilahirkan pada tahun 1964.

Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Beliau memegang beberapa jawatan dalam beberapa firma yang termasuk Opcom Holdings, Kosmo Tech, selain Persatuan Francias Malaysia.

Mukhriz adalah juga Pengarah Eksekuitf Perdana Peace Global Organisation.

Dalam tahun 2004 Mukhriz memenangi pemilihan ke dalam eksko Pemuda UMNI dengan memperolehi undi tertinggi dan akhirnya dilantik ke dalam jentera itu.

Beliau juga dilihat sebagai seorang calon berpotensi untuk Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tapi kemudiannya menarik diri.

Abangnya Datuk Mokhzani juga memainkan peranan aktif di dalam politik UMNO.

Dalam tahun 2006 Mukhriz memenangi pemilihan di UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pilihanraya umum ke-12 ini Mukhriz bertanding di kawasan Parlimen Jerlun, menggantikan Dato' Abd Rahman Ariffin. Abd Rahman ialah Ketua UMNO Bahagian Jerlun, dan sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah..

Mukhriz yang sudah berumah tangga dengan Datin Norjita Zakaria, mempunyai tiga orang anak.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Suntikan Kanser Malaysia, Bioven.

Mukhriz merupakan pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan Opcom Holdiong serta seorang ahli Jawatankuasa Gaji.

Selain itu beliau memegang saham yang besar dalam syarikat itu.

Mukhtiz seorang lulusan Sarjana Muda Sains dan Pengurusan dan Pentadbiran Pemasaran dari University of Boston, Amerika Syarikat dalam tahun 1989.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peniagaan dan pembangunan projek dan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Presiden Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited.

Beliau juga banyak pengalaman dalam bidang komunikasi serta pelancongan dan dan sector perniagaan praserana.

Beliau bertugas sebagai pengarah di dalam syarikat-syarat seperti Reliance Pasific Berhad, Ajiya Berhad dan Kosmo Technologi Sendirian Berhasd.

Selain itu beliau menjadi Pengerusi Photonics Interest Group di MIGHT, kumpulan pemikir keraqjaan mengenai teknologi tinggi.


-----------------------------------------------------------------------------

KAWASAN JERLUN

Kawasannya terletak di sempadan Kedah-Perlis. Di barat terletak kawasan Parlimen Kubang Pasu, manakala di selatannya kawasan Parlimen Kuala Kedah. Kawasan Parlimen Jerlun mempunyai dua buah Dewan Undangan Negeri iaitu Kota Siputeh dan Air Hitam.

Pengundi seramai 44,148 pengundi dengan 89.6% adalah pengundi Melayu, 8.6% pengundi Cina, 0.3% India dan 1.4% peratus adalah lain-lain (kebanyakannya berbangsa Siam).

Dalam pilihanraya tahun 2004, Datuk Abd Rahman menewaskan calon PAS, Idris Ahmad dengan kelebihan undi 2,142.

Dari segi sejarahnya, kawasan Parlimen Jerlun dulunya dikenali sebagai Jerlun-Langkawi.

Selepas persempadanan semula pilihanraya, wujud dua buah kawasan parlimen berasingan iaitu Jerlun dan Langkawi.

Sebahagian dari kawasan Parlimen Jerlun dulunya berada di kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebahagian besar kawasan tersebut kini berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Dari segi ekonomi, kawasan Parlimen Jerlun kurang membangun. Jerlun tidak mempunyai daerah sendiri.

Ia masih berada dalam daerah Kubang Pasu. Tidak ada bandar besar, kecuali Pekan Kodiang, Pekan Padang Sera, Pekan Kerpan dan Pekan Air Hitam.

Nama-nama tempat di Jerlun juga agak unik; contohnya Lana Bulu, Tok Kepak, Alor Biak, Pering, Batas Bengkok atau Matang Bonglai. Penduduk di kawasan Parlimen Jerlun rata-rata merupakan nelayan, petani atau pesawah.

Tan Sri Sanusi Junid (bekas Menteri Besar Kedah, kini Presiden UIA) dan Dato' Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabudin (bekas Menteri Besar Kedah), dan Tun Syed Ahmad Syed Shahabudin (bekas TYT Yang Dipertuan Negeri Melaka dan bekas Menteri Besar Kedah) adalah antara pemimpin besar yang pernah menjadi wakil rakyat di sini.

Jerlun juga telah melahirkan beberapa individu yang "mempunyai nama" antaranya, Dato' Maznah Abd Hamid (Iron Lady), Dato' Adi Taha (bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia), Dato' Abu Seman Awang (Ketua Pengarah KEMAS Malaysia) dan Prof Dr Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor UPSI (Akademik dan Pengantarabangsaan).


-----------------------------------------------------------------------------------

07/03/2008


Mukhriz mahu sehebat bapa


Mukhriz Mahathir.
--------------------------------------------------------------------------------



MUKADIMAH
PENCALONAN Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menarik perhatian umum.

Kemunculan beliau itu dilihat sebagai penerus perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu.

Walaupun dikatakan sekadar menumpang populariti bapanya, namun kehadiran Mukhriz di Jerlun yang sinonim sebagai kubu Pas lebih bergantung kepada keupayaan sendiri dalam mendapatkan sokongan.

Utusan Malaysia menemui anak lelaki ketiga bekas Perdana Menteri bagi mendapatkan pandangannya mengenai perkara-perkara tersebut.

Ada yang mengatakan Datuk lebih sedia menjadi calon BN di Langkawi?

MUKHRIZ: Tidak. Saya sudah menyatakan sebelum penamaan calon lagi bahawa jika diberi peluang, saya bersedia untuk bertanding dan berkhidmat di mana-mana kawasan sahaja yang dirasakan sesuai.

Saya tiada masalah langsung ketika diumumkan bertanding di Parlimen Jerlun. Ini lebih-lebih lagi apabila sejak dari awal bekas ahli Parlimen Jerlun yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abd. Rahman Ariffin mengatakan berbesar hati dengan kehadiran saya di kawasan ini. Jadi itu memudahkan kerja saya di sini.

Mungkin ada yang beranggapan Datuk dicalonkan di Parlimen Jerlun bagi menumpang populariti Tun Dr. Mahathir?

MUKHRIZ: Saya ingat sedikit sebanyak tidak dapat dielakkan daripada itu. Ini kerana sebahagian Jerlun dulu pun berada di bawah Kubang Pasu sewaktu beliau (Dr. Mahathir) menjadi ahli Parlimen. Jadi mahu tidak mahu lebih-lebih lagi di kalangan orang tua-tua, itu yang mereka nak dengar yang ada kesinambungan daripada zaman beliau dulu. Bukan saya menidakkan sejarah. Itu memang sudah berlaku dalam sejarah kita, jadi itulah yang kita hendak teruskan.

Sejauh mana penglibatan Tun Dr. Mahathir mempengaruhi sokongan pengundi terhadap Datuk?

MUKHRIZ: Saya ingat dengan kehadiran beliau sahaja, seperti dalam dua majlis di kawasan ini sebelum ini telah memberi kesan yang besar kepada gerak kerja BN di Jerlun.

Cuma saya harap kehadiran beliau juga dapat meyakinkan lagi bahawa apa yang kita mahu buat di Jerlun ini seperti mana yang beliau telah buat di Kubang Pasu.

Apakah gaya kepimpinan yang akan ditonjolkan Datuk?

MUKHRIZ: Saya akan cuba mencontohi khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh bapa saya sebelum ini. Saya juga akan cuba untuk memberi nafas dan idea-idea baru yang boleh saya laksanakan di sini.

Tawaran Datuk kepada penduduk di Parlimen Jerlun jika menang?

MUKHRIZ: Terlebih dahulu saya mahu mereka yakin atas niat ikhlas saya untuk berkhidmat semata-mata untuk rakyat. Jika diberi mandat, segala amanah dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat saya pegang dengan seikhlas-ikhlasnya dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik.

Saya berjanji akan meneruskan projek-projek pembangunan di sini. Saya akan memberi penekanan terhadap pembangunan infrastruktur, industri kecil desa dan pelancongan sebagai usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk.

Saya juga akan berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak muda, mungkin dengan menarik lebih banyak pelabur luar untuk melabur di sini, buka kilang dan sebagainya sekali gus mengurangkan atau menghapuskan terus tahap pengangguran di sini.

1 comment:

Unknown said...

Assalam.. saya harap pihak editer tolong update lagi perkembangan datuk mukhriz.. terima kasih..